Saturday, December 11, 2010

The strong animal , Bengal Tiger

BENGAL TIGER
Harimau merupakan spesies terbesar dalam keluarga kucing. Harimau juga merupakan haiwan yang kuat dan agresive.Terdapat lapan sub-spesies harimau pada satu masa, tapi tiga menjadi pupus pada abad ke-20. Selama 100 tahun terakhir , 3 spesies harimau telah pupus kerana kehilangan habitat.Harimau diburu sebagai piala, dan juga untuk bahagian tubuh yang digunakan dalam perubatan tradisional China. Semua lima sub-spesies harimau yang tinggal terancam punah, dan banyak program perlindungan di ditubuhkan. Harimau banyak diburu di sumatra dan india. Hari kini betul-betul diancam kepupusan.


Tasmanian tiger

Kali terakhir dilihat di sebuah zoo. Itu pun tinggal dua ekor sahaja sebelum kepupusannya.

The deep sea species

Terdapat beberape spesies ikan yang tinggal di laut yang paling bawah dan dalam.Cahaya matahari tidak sampai ke kawasan laut yang dalam itu menyebabkan laut itu betul-betul gelap. Contohnya sekirannya manusia menyelam disitu , dia tidak akan nampak apa-apa dan hanya dapat merasa ikan bergeser dengannya ( seolah-olah buta ). Suhunya diantara 3-10 darjah celcius. Spesies ikan di dasar laut ini tidak dapat di pelihara kerana mereka telah biasa dengan tekanan tinggi dan jika dibawa naik ke atas mereka akan mati. Oleh kerana alasan ini , sedikit sahaja yang diketahui tentang mereka. Terdapat beberapa gambar yang berjaya dirakam melalui kapal selam. Rupa ikan-ikan ini betul-betul pelik dan menakutkan.



Bristlemouth fish

Cookiecutter shark


Viperfish


Angler fish




The horrible killer , Orca

Orca , killer whale


Orca datangnya dari spesies ikan paus. Orca sejenis ikan paus pembunuh yang hidup di kawasan sejuk di mana ada makanan kegemarannya , anjing laut. Mengikut kajian , orca merupakan haiwan yang pintar dalam mengatur serangan. Orca akan menunggu anjing laut keluar mencari makanan sebelum menyerang. Tetapi anjing laut dewasa jarang menjadi mangsa kerana sifat berwaspada yang mereka miliki. Kebiasaannya yang menjadi mangsa orca adalah anak anjing laut. Anak anjing laut akan keluar ke laut walaupun dilarang ibubapanya kerana sifat ingin tahu mereka menerokai dunia baru dan ketika itu orca keluar mencari mangsa.Kadang-kadang orca memakan ikan paus yang jauh lebih besar. Untuk hal ini mereka akan menyerang beramai-ramai. Orca juga dikelaskan sebagai haiwan diancam kepupusan.


The giant animals , Whale

WHALE


Whale atau ikan paus merupakan haiwan yang paling besar di dunia , ikan paus bernafas melalui peparu.Ikan paus juga mampu menyelam di bawah air bertekanan tinggi iaitu di laut dalam. Kebanyakkan masa yang dihabiskan paus ini ialah berehat. Paus ini hanya perlu membuka mulut dan menyedut ikan kecil tanpa perlu memburu , lebihan sisa atau air yang disedut bersama akan dipancutkan melalui liang pernafasahnya. Ikan paus juga merupakan haiwan yang diancam kepupusan kerana banyak pembunuhan paus secara haram di serata dunia.

Pembunuhan ikan paus



Saiz perbandingan

Under The Sea - The Little Mermaid with Lyrics

Friday, December 10, 2010

The flightless bird , Ostrich

OSTRICH


Burung Unta atau ostrich merupakan burung terbesar yang masih hidup selepas kepupusan saudara dekatnya Giant Moa. Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), burung ini tidak mampu terbang walaupun berkepak. Burung ini juga merupakan burung yang pantas berlari sehingga mampu memecut sebanyak 65 kilometer/sejam. Burung ini menetap di savana , africa.
Burung Unta terkenal dengan sarang masyarakat, di mana beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang, untuk diramkan oleh betina alpha pada waktu siang dan jantan pada waktu malam. Telur burung Unta adalah telur terbesar. Burung ini juga dikelaskan sebagai haiwan terancam.



GIANT MOA 

The old animal , Turtle

TURTLE


Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan.
Mengikut kajian yang telah dijalankan, didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka. Meskipun bilangan telur yang banyak dilahirkan tetapi anak penyu sering menjadi ancaman manusia dan haiwan pemangsa seperti ketam.


The king of jungle , Lions

LION


Singa merupakan haiwan yang paling kuat di darat. Hal ini kerana strategi serangan haiwan buas ini. Singa jantan yang memeritah kerajaannya sendiri mempunyai banyak keunikan. Semasa memburu singa betina yang memainkan peranan penting.Singa betina akan bekerjasama semasa memburu dan mereka mampu menumbang seekor kerbau yang tiada haiwan lain mampu menumbangkan. Corak serangan yang dijalankan begitu mantap. Sekiranya terdapat kesulitan barulah singa jantan akan menolong. Singa ini digelar "raja rimba" kerana corak serangan dan kekuatan mereka yang tiada haiwan mampu menandinginya



FEMALE LION

The king of speed , Cheetah

CHEETAH

Cheetah datangnya dari keluarga kucing.Cheetah juga merupakan haiwan yang unik kerana kepantasannya berlari.Cheetah merupakan pemangsa darat yang paling pantas di dunia. Kebiasaannya untuk menangkap seekor mangsa cheetah hanya memerlukan kurang daripada 1 minit untuk mengejar. Dengan kelebihan ekor yang panjang cheetah dapat mengimbangkan badannya semasa berlari. Tiada haiwan yang mampu menandingi kelajuannya.Walaubagaimanapun sekiranya haiwan ini berlari lebih daripada 5 minit badannya akan menjadi panas dan cheetah ini akan mati , tetapi semua ini tidak menjadi masalah kerana kelajuannya menangkap mangsa tidak lebih dari 1 minit.


The great white shark

WHITE SHARK

Ikan Jerung putih merupakan pemangsa yang amat-amat unik. Spesies ikan ini biasanya menetap di lautan dalam. Ikan jerung ini amat-amatlah merbahaya , tetapi peluang kita untuk diserang ikan jerung ini adalah amat tipis. Ini kerana ikan ini jarang berada di kawasan cetek.Ikan jerung tidak boleh berhenti berenang , sekiranya ikan ini berhenti berenang maka ikan ini akan mati. Jadi ikan ini akan sentiasa makan dalam kehidupan sehariannya. Antara makanan ikan ini ialah dolphin , anjing laut , ikan kecil dan penyu. Walaubagaimanapun , haiwan ini diancam kepupusan kerana seringkali menjadi mangsa kepada nelayan-nelayan.